Tuesday, April 27, 2010

Getting serious...


Kita sentiasa tidak terlewat untuk berubah ke arah kebaikan mahupun belajar benda yang baru....
kali ni aku betul2 nk fokuskan pada my mind..supaya always serius bila wat sesuatu tu supaya tak menyesal....hidup ni sementara je...bila2 masa je kita leh pergi untuk selamanya..
jodoh pertemuan juga di tangan tuhan....

aku mula rasa sedih/tersedar kepentingan bersikap serius ni...bukan sahaja kerana dari segi akdemik yg lepas yg memberikan aku sedikit kesedaran...tapi pasal basketball....
kalau kita bermain ptg2 tak main betul2...kita tak tahu adakah kita akan dapat bermain lagi dengan kawan2 tersebut,adakah kita akan kekal dgn tahap performance kita...
jadi setiap kali main walaupun ptg2 kita main la bersungguh-sungguh..kerana mungkin kita tidak akan berjumpa lagi atau bermain dengan kawan tersebut dan biarlah mereka ingat tahap kita bermain dimana tahap kita dah secuba sehabis baik....

hebat tak hebat di luar cerita..yg penting kita main betul2...agar kenangan bermain bersama tu sentiasa dikenang dengan kisah kita yg berusaha bersungguh-sungguh....
begitu juga lah dgn perkara2 yg lain..biarlah kita sentiasa bersungguh-sungguh..
jgn la sambil lewa....sesungguhnya hidup ini amat singkat...

Monday, April 26, 2010

Layan lagu..


dah lama tak upload lagu..
kali ni lagu dari filem akelehum akeletum lagu masa dia org ni baru nk bercinta...


Tuesday, April 20, 2010

Peri Pentingnya Nilai Prihatin


Oleh ZALILA ISA

(... Sepasang suami dan isteri yang merupakan petani, pulang ke rumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang perbelanjaan, seekor tikus memerhatikan gelagat mereka.Ternyata yang dibeli oleh petani hari adalah perangkap tikus. Sang tikus panik bukan kepalang. Tikus bergegas lari ke sarang ayam dan bertempik.

Tikus mengadu kepada ayam, “Ada perangkap tikus di rumah. Di rumah sekarang ada perangkap tikus. Ada perangkap tikus!”

“Tuan Tikus! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku,” jawab ayam.

Tikus pergi menemui seekor kambing sambil berteriak seperti tadi.

“Aku pun turut bersimpati, tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun hal ini tiada kena-mengena dengan aku,” jawab kambing dengan selamba.

Tikus menemui sapi dan mendapat jawapan yang sama seperti sebelumnya.

“Maafkan aku tikus. Perangkap itu tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ini boleh masuk perangkap tikus,” kata sapi yang sekali gus menerbitkan rasa kecewa di hati tikus.

Dengan rasa kecewa tikus berlari ke hutan menemui ular. Seperti yang sebelumnya juga, ular memperlekeh kebimbangan tikus.

Akhirnya, tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan sudah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Buntut ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.

Walaupun si suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami membawa isterinya ke rumah sakit.

Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang, namun tetap sahaja demam.

Isterinya lalu minta dimasakkan sup kaki ayam oleh suaminya kerana percaya sup kaki ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang, si suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk mendapatkan kaki ayam yang akan dibuat sup untuk isterinya.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan isteri petani untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya. Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Ramai yang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih sapinya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan tikus menatap dengan penuh kesedihan. Tidak disangka, kawan-kawannya yang suatu waktu dahulu percaya perangkap tikus itu tidak ada kena mengena dengan mereka akhirnya melibatkan diri dan nyawa mereka juga...)

KISAH di atas merupakan sebuah kisah yang selalu diceritakan oleh ibu bapa, guru-guru di sekolah mahupun pakar motivasi yang berkaitan dengan sikap prihatin sesama manusia.

Prihatin merupakan satu sikap yang jika diamalkan membawa manfaat kepada semua pihak. Prihatin merupakan sikap mengambil berat atau mengambil perhatian terhadap sesuatu perkara.

Prihatin juga sering dikaitkan dengan sikap berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat apa yang diimpikan. Prihatin mengandungi nilai simpati dan empati antara individu. Prihatin juga adalah silaturrahim.

Dalam masyarakat hari ini, sifat prihatin semakin longgar. Tidak kira sama ada berada di kampung, apatah lagi di bandar, sifat ini sudah semakin nipis kerana dihimpit dengan kesibukan individu yang bekerja, mengejar masa untuk menyudahkan tugas harian dan sebagainya sehingga terbitnya satu lagi sifat hasil dari ketiadaan nilai keprihatinan dalam diri, iaitu sifat mementingkan diri sendiri.

Selain sifat prihatin diketepikan dengan alasan masing-masing sibuk bekerja, prihatin juga disisih kerana sesetengah individu percaya bahawa setiap manusia mempunyai hak peribadi yang tidak perlu dicampur atau diganggu gugat oleh orang lain. Manakala, masyarakat kampung yang dahulunya terkenal dengan ikatan keprihatinan juga telah mula melonggarkan ikatan itu dengan alasan yang sama.

Melihat kemajuan dan kemodenan yang dicapai oleh Malaysia hari ini, setiap masyarakat memberi sumbangan yang pelbagai. Kemudahan dan keselesaan yang wujud menjadikan Malaysia sebuah negara contoh yang menempatkan pelbagai jenis kaum dan berbilang agama. Bukankah ini suatu kemajuan yang baik dan mengundang seribu satu macam kelebihan untuk Malaysia menjadi sebuah negara contoh yang tinggi nilai sosial dan kemanusiaan.

Seperti kebanyakan negara maju yang lain, indeks jenayah juga meningkat apabila sesebuah negara mencapai tahap negara maju dengan pelbagai perkara yang mendampinginya seperti kepesatan aspek ekonomi, kebanjiran warga asing dan kepadatan penduduk. Di samping itu, budaya-budaya baharu juga menular dengan cepat seiring dengan kepesatan pembangunan teknologi yang memberi kesan kepada perhubungan komunikasi dan penyebaran maklumat.

Antara budaya yang sering dikaitkan dengan negara maju ialah budaya hedonisme dan sifat hedonistik (budaya mementingkan keseronokan dan kesenangan hidup), budaya materialisme dan sikap materialistik (mementingkan kebendaan), gangsterisme dan segala bagai fahaman sekularisme dan liberalisme yang akhirnya membentuk masyarakat yang berpuak dan mementingkan diri sendiri.

Sifat yang boleh membuang budaya negatif yang tersenarai di atas ialah sifat prihatin. Prihatin dalam semua aspek menjadikan masyarakat lebih tahu apa yang baik dan apa yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada dirinya dan orang lain.

Kes-kes seperti kanak-kanak yang hilang baru-baru ini memberi banyak konotasi. Pertama ibu bapa dan ahli keluarga mangsa yang kurang prihatin dengan persekitaran dan juga masyarakat setempat yang tidak mengambil tahu hal sekeliling menjadikan proses ‘menculik’ atau perlakuan jenayah dilakukan dengan mudah.

Namun, selepas itu msyarakat mula prihatin dengan kehilangan itu dengan usahasama pelbagai pihak bertungkus lumus dan berusaha membantu apa yang terdaya untuk mencari kanak-kanak yang hilang.

Persoalannya, sampai bilakah kita harus berpayung di bawah perumpamaan, “sudah terhantuk baru terngadah”, “sudah kalah baru berkubu”, “sudah kecurian baru mengunci pintu”?

Peranan yang dimainkan oleh sifat keprihatinan amat banyak. Dalam keluarga sendiri, seorang suami harus prihatin dengan keperluan isteri dan keluarga yang akhirnya akan menghindar gejala yang negatif dalam keluarganya. Begitu juga dengan keprihatinan seorang isteri terhadap suaminya dalam membantu mengukuhkan tiang kekeluargaan, juga sebagai ibu yang memberi didikan kepada anak-anak.

Setiap pemimpin harus prihatin kepada masyarakat yang dipimpin supaya tidak timbul rasa tidak puashati sehingga mencetus perbalahan, tunjuk perasaan dan sebagainya. Dan yang lebih penting, setiap individu mempunyai sifat prihatin yang tinggi kerana setiap manusia memerlukan antara satu sama lain.

Islam mengaitkan konsep prihatin dengan aspek mengambil tahu setiap yang ciptakan oleh Allah s.w.t dan juga menitikberatkan aspek silaturrahim sesama manusia dan penciptanya.
Islam juga menyarankan agar setiap manusia saling berhubungan antara satu sama lain yang akhirnya akan menyemai sifat prihatin.

Firman Allah s.w.t melalui surah al-Hujuraat, ayat 13, yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).”

Membezakan konsep ‘menjaga tepi kain orang’ dengan konsep prihatin amat penting. Secara kasarnya, jelas menjaga tepi kain orang merupakan satu sikap yang buruk. Prihatin lebih kepada mengambil tahu hal sekeliling yang akhirnya akan memberi manfaat yang pelbagai kepada setiap individu.

Berfikir dengan bijak dan berfikiran jauh ketika mendengar seseorang dalam kesusahan ataupun apa-apa jua masalah yang berlaku di sekeliling menjadikan kita seorang yang prihatin. Jika anda rasa dan mengira itu bukan urusan anda, fikirkanlah sekali lagi.

Kemungkinan nasib anda seperti ayam, kambing, sapi, dan ular seperti dalam kisah tikus di atas.

Monday, April 19, 2010

Pasal Jodoh la plak





Post ni aku copy dari FB jgk...Dilla yg tagged aku..aku letak kat sini biar budak2 lain leh baca..huhu


10 petanda menunjukkan dia adalah jodoh kita...(nmpak pnjang..tp best wooo)hehehehehe...=)

Oleh : Lovely

lovely_crawler@yahoo.com
Go to my site


Gunakan seluruh pancaindera,Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang lovely perkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita ;

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang atau selesa bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita..?

“ Manusia merancang, Allah menentukan..”

Saturday, April 17, 2010

GaDo2

Gambar hiasan


huhu..dah lama tak taip2 kat blog ni...
kali ni nk cite sikit pengalaman aku yang lebih dari 20++ tinggal kat Malaysia...
ramai org (termasuk la nk ingatkan diri aku sendiri) suka mengeluarkan kata2 yg menyakitkan hati yang boleh mencari gaduh...antara nye seperti kata2 yg bongkak atau memperkecilkan org lain....

tapi masalah yg ketara skrg...terutama di FB..bila ada perlawanan bola je...akan wujud la budak2 yg memuji atau mengutuk team2 luar negara....seperti MU,arsenal and so on.... yg memelikkan aku, tak kisah r kalau minat team tu..nk bgi sokongan... tapi bila dia jumpa ngan member dia yg sokong team lain, mulalah kutuk2.. kalau dia menang di kutuk,kalau dia kalah try la defend diri sendiri..... yg peliknye,team tu menang ke kalah takde kena mengena ngan diri dia...dia main judi ke taruh-taruh ni?kecoh semacam..... yg tak tahan leh sampai GADOH!!!hak3...budak2 hingusan yg gaduh2 nih... ada yang fanatik giler... bila ditanya apa sebb ko sokong team tu?dia akan jawab pe ntah..tapi apa sebb yg munasabah ek..... nk kata warganegara UK bukan,nk kata pernah tinggal situ bukan,nk kata pernah main ngan team tu pun bukan..takde kena mengena langsung....

pada pendapat aku, untuk team2 NBA,atau pun bola sepak yg luar negara ni...
aku suka ikut kepada pemain2 dan bagaimana dia org main bila game...kalau player2 yg aku suka dah keluar diganti ngan player2 aku kurang minat....aku maybe tukar minat team lain...
tapi dia org yg fanatik dan 'takde kena mengena' ngan team yg dia org fanatik tu biasa nya akan menjawab..team ni management power, itu, inila...kalau dah tukar manager/coach/player...
still sama ke???

huhu...rasa nya luahan aku ni pun akan menyakitkan hati budak2 yg dah ada kelab bola yg dia org minat...huhu..sorry la sape yg terasa atau tak setuju ngan pendapat aku....jgn salah phm..tujuan aku ialah tak kisah la nk minat pun..tapi takyah r sampai nk gaduh2...asal jumpa itu je la yg naik..mula kutuk2...aku pk gak apa yg dia org kutuk ni,bukannye dia org yg menang,,,dia org tak main kot...tapi mengtuk mengalahkan org yg golkan mlm tu,mcm dia r coach game tu..
huhu
itu je la untuk post kali ni...renung2kan.. dan selamat beramal....

Sekarang ni..aku suka Lakers dgn... MU kot,ntah r,aku tak pasti sgt sape dlam MU skrg.takle nk wat keputusan lagi lepas CR dah keluar.... ;p

Sunday, April 11, 2010

Pantun 4 kerat


Aku jumpa pantun ni kat fb..copy paste untuk bacaan semua

Dua tiga kucing ditibai,
Mana nak sama si kucing pondan,
Dua tiga jawapanku tibai,
Mana nak sama ngan skema jawapan.



Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai jawapan antara nampak,
Nanti jangan kantoi-kantoian.


Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Punyalah susah nak cari jawapan,
Tanya member sebelah dia pun tak tau.

Pisang emas dibawa berlari,
Masak setandan di atas lori,
Mana jawapan hendak kucari,
Takkan kat member sebelah harus kucari?

Pulau Bali jauh ke tengah,
Gunung Everest bercabang berbumbung,
Hancur kertas soalan kau kunyah2,
Budi lecturer kau tak ingat langsung.

Monday, April 5, 2010

Human Resource Management....Grooming Program

Dah lama nmpknya daku tidak mengupdata blog...
kini dah update biar la cite sikit,,
pasal kursus yg dijalankan semasa mengambil kursus HR...
program Grooming...usha je la gambar.takyah taip byk2






Sedikit perbincangan bagi persediaan program




Aku yang dah terlewat nak pakai tie




Peserta-peserta yang menghadiri program




Nana pun ada???huhu




Khusyuk mendengar ceramah :P



Sedikit cendermata diberikan










Inilah post morterm.haha